About Contact Masakan Melayu Masakan Mamak SiteMap Pencuci Mulut Santai Petang

Menu Masakan Ayam Kurma

Mari buat masakan "Kurma" yang diminati ramai samada "Melayu" atau golongan India Mamak, iaitu masakan "Ayam Kurma"

Menunenek 


Cara cara hidangan seperti berikut:

Ramuan Nenek 1:
  • Sila sediakan 6 atau 5 biji buah pelaga 
  • 3 atau 4 ulas bunga lawang (bentuk seperti bintang)
  • 6 atau 5 kuntum bunga cenggkih
  • 1 gulung kulit kaau manis
  • 1 cawan minyak sapi/ghee
  • 1/2 cawan kecil minyak goreng
Ramuan Menu 2:
  • Sediakan bawang putih dalam kiraan 9-10 ulas
  • 1 biji bawang besar
  • 1 buku halia atau dalam 11cm besar
  • 3 biji tomato
  • 3 atau lebih ubi kentang
  • Setangkai pokok kari
  • 1 susu kecil garam  
  • Lada Besar
  • Cili Padi bagi yang suka masakan pedas 
Ramuan Lain: 
  • Secawan air
  • 1/2 ekor ayam
  • Secawan susu penuh krim 
  • Daun Limau Purut
"Ramuan Lain" kandungan air boleh diubah mengikut citarasa, serta berapa banyak ayam yang diperlukan, juga bergantung pada ramuan ramuan menu, sebagai krim seperti susu penuh krim anda boleh tukar kepada "Santan Kelapa"

Cara Memasak:

Panaskan kuali/periuk bersama minyak sapi dan minyak mengoreng, kemudian masukkan "Ramuan nenek 1" sehingga naik aroma dan masukan "Ramuan Nenek 2" dalam beberapa minit kemudian masukkan ayam bersama sedikit air, santan kelapa bersama "Serbuk Kurma Baba's atau Kari Kurma Adabi", dalam 5 minit kemudian masukkan kesemua air dan santan kelapa bersama ubi kentang masak sehingga 15-20 minit dengan menutup periuk/kuali.

Kalau tak nak guna serbuk Kurma Baba's, anda boleh buat sendiri Kari Kurma dengan ramuan seperti;
  • Jintan Putih
  • Halia kering atau yang masih segar
  • Daun Salami
  • Lada Hitam dan Lada putih
  • Bunga Lawang
  • Kulit kayu Manis
  • Jintan Manis
  • Dal
  • Bunga Cenggkih
  • Ketumbar
  • Buah Pelaga
  • Beras
  • Serta Rempah ratus yg lain
"Tumbuk sampai hancur kesemua ramuan diatas, maka jadi lah satu "Serbuk Kari Kurma"

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Blog Archive

Sitemap

HOBSYS
Twitter Facebook Google Plus Instagram RSS Feed Email